Sabtu, 16 Jun 2012

Ketupat Pulut Daun Pisang

Ketupat Pulut
Ketupat Pulut Daun Pisang
Ketupat Pulut Daun Pisang

Ketupat Pulut Daun Pisang

Bahan-bahan :

3 ½ cawan beras pulut @ 1 kg
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya (dilayurkan)

Cara Membuatnya :

Masak beras pulut bersama santan dan sedikit garam. Masak seperti masak nasi biasa iaitu apabila santan sudah kering, sila perlahankan api dan tutup periuk. Pulut hendaklah sentiasa dikacau agar tidak hangit dan masak dengan sekata.

Setelah itu, bungkus pulut dengan daun pisang. Ikat dibahagian hujungnya menggunakan tali.

Setelah selesai semuanya, bolehlah dikukus sehingga masak. Potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang bersama rendang, kari dan sebagainya.
 

Ayam Masak Hitam

Ayam Masak Hitam

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
1 piring cili kering yang dipotong dan dibuang bijinya
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Jintan manis
Sedikit jintan putih
Kerisik
2 keping asam gelugur
Kicap secukupnya
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula merah

Cara Membuatnya :

1. Cili kering dibersihkan dan digoreng tanpa minyak untuk seketika. Jangan sampai hangus. Begitu juga dengan bawang merah, bawang putih dan halia di goreng tanpa minyak.

2. Mesin cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas sehingga hancur.

3. Setelah itu, campurkan kesemua bahan di dalam bekas. Perap untuk seketika.

4. kemudian, bolehlah dimasak sehingga ayam masak dan kuahnya agak kering. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 13 Jun 2012

Keropok Lekor ~Ain~

Keropok Lekor

Bahan-bahan :

Ikan kembung
Tepung ubi
Garam secukup rasa
Minyak (menggoreng)

Cara Membuatnya :

Ikan kembung direbus dan diambil isinya. Tumbuk atau blender isi ikan sehingga hancur.

Uli dengan tepung ubi bersama garam. Untuk uli berbentuk panjang pula, tabur dengan tepung dan semasa uli pastikan tangan basah untuk mendapatkan keropok yang cantik.

Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian rebus adunan tadi.

Setelah itu, bolehlah digoreng dengan minyak secukupnya.