Bahan-bahan
:
Ikan kembung
Tepung ubi
Garam secukup rasa
Minyak (menggoreng)
Cara
Membuatnya :
Ikan kembung direbus dan diambil
isinya. Tumbuk atau blender isi ikan sehingga hancur.
Uli dengan tepung ubi bersama
garam. Untuk uli berbentuk panjang pula, tabur dengan tepung dan semasa uli
pastikan tangan basah untuk mendapatkan keropok yang cantik.
Masak air di dalam periuk
sehingga mendidih. Kemudian rebus adunan tadi.
Setelah itu, bolehlah digoreng
dengan minyak secukupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan