Ketupat Pulut Daun Pisang |
Bahan-bahan
:
3 ½ cawan beras pulut @ 1 kg
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya (dilayurkan)
Cara
Membuatnya :
Masak beras pulut bersama santan dan sedikit garam. Masak
seperti masak nasi biasa iaitu apabila santan sudah kering, sila perlahankan
api dan tutup periuk. Pulut hendaklah sentiasa dikacau agar tidak hangit dan
masak dengan sekata.
Setelah itu, bungkus pulut dengan daun pisang. Ikat dibahagian
hujungnya menggunakan tali.
Setelah selesai semuanya, bolehlah dikukus sehingga masak.
Potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang bersama rendang, kari dan
sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan