Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
¾ cawan gula halus
½ cawan serbuk koko (boleh dikurangkan sedikit untuk
mengurangkan rasa pahit)
Bahan B :
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
¼ cawan mentega cair atau minyak
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C :
Kekacang atau coklat cip
Cara
Membuatnya :
1. Campurkan kesemua bahan A dan diayak.
2. Masukkan bahan B iaitu susu pekat, esen vanilla dan susu cair.
Kacau hingga semuanya bergaul dengan baik dan tidak berketul.
3.Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Taburkan bahan C iaitu coklat cip
atau kekacang di atasnya.
5. Bakar atau boleh juga dikukus sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan