Kek Pisang (Cikgu Syarifah)

Jumaat, 1 Jun 2012

Kek Pisang (Cikgu Syarifah)

Kek Pisang

Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
10-12 biji pisang emas
1 ½ cawan gula pasir
2 butir telur
½ sudu teh garam
1 ½ cawan minyak

Cara Membuatnya :

Ayak tepung gandum bersama soda. Ketepikan dahulu.

Kisar gula, telur dan garam sehingga hancur. Kemudian, masukkan pisang dan dikisar hingga lumat.

Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung yang dicampur dengan soda. Kacau hingga sebati.

Apabila  sebati, masukkan minyak masak dan dikacau perlahan-lahan.

Setelah adunan siap, masukkan ke dalam bekas dan bakar hingga masak.

Makanan dihidang dengan baik dan kemas.

2 ulasan:

  1. Salam kenal daripada Kak Noor. Mudahnya buat kek pisang ni. Tak yah guna mentega pun. Baru Kak Noor tahu, guna minyak aje ye! Selalunya Kak Noor beli aje kat kedai. Yang panjang tu...

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan juga..Kak Noor cubalah..dapat resepi dari cikgu masa sekolah menengah. Simpan sampai sekarang.

    BalasPadam