Bahan-bahan
:
3 cawan beras pulut (direndam semalaman)
1 ¾ cawan gula pasir
5 cawan santan
Sedikit garam
Perisa Ros
4 helai daun pandan (disimpul)
Cara Membuatnya
:
Beras pulut direndam semalaman.
Kemudian, bersih dan toskan hingga kering. Kukus beras pulut tadi hingga masak.
Masukkan santan, gula pasir,
sedikit garam dan perisa ros secukupnya di dalam kuali. Masukkan juga daun
pandan. Kacau hingga mendidih.
Seterusnya, masukkan pulut yang
telah dikukus tadi. Kacau hingga sebati dan pekat.
Bolehlah dituang ke dalam bekas
dan disejukkan. Sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan