Cara Berlauk

Jumaat, 25 Mei 2012

Cara Berlauk

Cara Berlauk

Bahan Untuk Inti:

1 cawan daging @ isi ayam (dipotong kecil @ dicincang)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
Daun bawang (dihiris)
Cili merah (dihiris)

Bahan Untuk Kuih:

2 cawan tepung gandum
Santan secukupnya
Air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara Membuat Inti :

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih beserta rempah sehingga wangi.

Masukkan daging dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih sehingga kering. Angkat dan sejukkan.

Cara Membuat Kuih :

Campurkan kesemua bahan untuk kuih. Kisar hingga sebati dan tapis.

Panaskan acuan bahulu dan sapu rata minyak masak.

Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan.

Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dengan tudung periuk.

Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan