Jumaat, 7 September 2012

Nasi Lemak Ikan Bilis

Nasi Lemak Ikan Bilis

Bahan Untuk Nasi :

4 cawan beras
5 cawan santan @ secukupnya
Garam secukup rasa
Halia (diketuk)
6 biji lada hitam
2 helai daun pandan (disimpul)
1 batang serai (diketuk)

Bahan Untuk Membuat Sambal Ikan Bilis :

Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak


Cara Memasak Nasi :

Basuh beras sehingga bersih. Masukkan santan, daun pandan, halia, serai, lada hitam serta garam secukup rasa. Masak nasi seperti biasa.


Cara Memasak Sambal :

1. Mesin cili kering bersama bawang merah sehingga hancur.

2. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.

3. Tumis bahan yang dikisar sehingga masak dan naik minyak.

4. Setelah itu, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan air asam jawa secukupnya beserta garam dan gula.

6. Tunggu hingga mendidih dan kuah agak pekat. Tutup api.

7. Sedia untuk dihidang bersama nasi.

Serawa Ubi Kayu

Serawa Ubi Kayu

Bahan-bahan :

Ubi kayu
Gula merah
Gula pasir
Santan
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Ubi kayu dikupas kulit dan dipotong kecil. Rebus hingga empuk.

Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

Jika suka boleh juga dicampurkan dengan sagu.

Sedia untuk dihidang.

Kerepek Pisang Manis

Kerepek Pisang Manis


Bahan-bahan :

Pisang awak
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Peralatan untuk mengupas dan menghiris pisang

Cara Membuatnya :

Kupas dan potong nipis-nipis pisang menggunakan alatan yang sesuai. Setelah itu, masukkan gula secukup rasa.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng pisang hingga masak dan garing.