Khamis, 14 November 2013

Kek Mentega Pelangi Versi 1

Kek Mentega Pelangi
Kek Mentega Pelangi
Kek Mentega Pelangi

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram gula kastor
5 biji telur
225 gram tepung naik sendiri
½ sudu teh esen vanila
Pewarna hijau dan merah


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu. Kacau lagi.

3. Ayak tepung naik sendiri kemudian masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit.

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Masukkan warna merah dan hijau pada dua bahagian berasingan.

5. Lumurkan mentega pada bekas kek agar kek tidak melekat nanti.

6. Masukan dua senduk  adunan secara berselang-seli sehingga penuh tempat kek.

7. Panaskan oven pada suhu 160 oC selama lima minit kemudian masukkan adunan. 

8. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Jumaat, 8 November 2013

Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Kek Coklat Kukus Kak Sheila
Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis.

3. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat di dalam pengayak dan ayakkannya bersama-sama.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis dan kacau hingga semuanya sebati.

5. Akhir sekali, masukkan minyak masak.

6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin atau boleh alaskan kertas minyak di atasnya. Tuangkan adunan ke dalam loyang untuk dikukus.

7. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu dan kukus sehingga masak.

8. Letakkan coklat masakan atau topping agar kek lebih enak dan menarik. 

9. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 7 November 2013

Kuih Sagu Pandan

Kuih Sagu Pandan

Bahan-bahan :

2 cawan sagu dibasuh dan ditoskan airnya
4 cawan air
2-3 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Kelapa parut dibuang kulitnya
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Mesin daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis untuk mendapatkan airnya.

2. Masukkan 3 cawan air, gula, air daun pandan yang dimesin tadi dan pewarna hijau di dalam kuali. Masak hingga gula larut dan air mendidih.

3. Apabila air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga sagu masak dan airnya telah kering. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas atau loyang dan dibiarkan sejuk.

4. Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian, potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi.

5. Sedia untuk dihidang.