Kek Mentega Pelangi Versi 1

Khamis, 14 November 2013

Kek Mentega Pelangi Versi 1

Kek Mentega Pelangi
Kek Mentega Pelangi
Kek Mentega Pelangi

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram gula kastor
5 biji telur
225 gram tepung naik sendiri
½ sudu teh esen vanila
Pewarna hijau dan merah


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu. Kacau lagi.

3. Ayak tepung naik sendiri kemudian masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit.

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Masukkan warna merah dan hijau pada dua bahagian berasingan.

5. Lumurkan mentega pada bekas kek agar kek tidak melekat nanti.

6. Masukan dua senduk  adunan secara berselang-seli sehingga penuh tempat kek.

7. Panaskan oven pada suhu 160 oC selama lima minit kemudian masukkan adunan. 

8. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.

4 ulasan:

  1. salam..

    sedappp..nye kek mentega pelangi..yumyy
    bolih tempah ke nir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tinggal sekitar Perak, mungkin boleh.. Tengok keadaan sebab belum pernah untuk menjualnya..

      Padam
  2. cantik belangnya.... akak memang suka makan kek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah..saya pun suka makan kek tapi gula sudah naik harga dan kena kurangkan makan manis-manis untuk elakkan penyakit. Jadi, terpaksalah kurangkan makan kek.. Takut juga kan.. :)

      Padam