Bahan-bahan
:
4 cawan tepung gandum
2-3 tongkol jagung (dihiris untuk ambil isinya)
½ labu bawang merah (dihiris nipis)
1 sudu besar cili kisar
Udang hidup
1 sudu teh yis
1 biji telur
Sedikit daun kucai (dipotong)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara
Membuatnya :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan minyak ke dalam
sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga
sebati.
3. Biarkan seketika lebih kurang 15 hingga 30 minit atau sehingga
adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan