Kadang-kala
laksa beras yang dimasak tidak begitu lembut dan agak liat ketika dimakan. Cara
untuk mendapatkan laksa yang lembut ialah basuh dan rendam terlebih dahulu
laksa hingga kembang. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan lagi proses merebus
nanti. Setelah itu, rebus hingga laksa betul-betul masak dan bolehlah ditutup
api.
Tambahkan
air lagi ke dalam bekas laksa dan rendam buat seketika. Lebih baik direndam
semalaman kerana ianya akan menjadi lebih lembut. Rendaman kali terakhir ini
adalah untuk memastikan laksa betul-betul lembut dan tidak liat.
Akhir sekali,
bolehlah ditoskan. Anda akan mendapat laksa yang betul-betul lembut dan sangat
mudah untuk dimakan. Selain itu, laksa akan menjadi lebih banyak kerana ianya kembang
sepenuhnya.
terima kasih atas info... berguna ni....
BalasPadamTips yang bagus..tq for sharing :)
BalasPadam