Kuih Sagu Pandan

Khamis, 7 November 2013

Kuih Sagu Pandan

Kuih Sagu Pandan

Bahan-bahan :

2 cawan sagu dibasuh dan ditoskan airnya
4 cawan air
2-3 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Kelapa parut dibuang kulitnya
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Mesin daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis untuk mendapatkan airnya.

2. Masukkan 3 cawan air, gula, air daun pandan yang dimesin tadi dan pewarna hijau di dalam kuali. Masak hingga gula larut dan air mendidih.

3. Apabila air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga sagu masak dan airnya telah kering. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas atau loyang dan dibiarkan sejuk.

4. Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian, potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi.

5. Sedia untuk dihidang.

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu..tapi kalau letak banyak sangat daun pandan, jadi pahit pula..huhu...

      Padam
  2. ooh sagu pandan.. aefa jarang tau nama kuih2 hehe.. selalu main masuk je dalam mulut :) nmpak sedap.. lapo plak tgk pepagi ni huhu

    BalasPadam