Sabtu, 15 Mei 2021

Biskut Kelapa Nestum





Bahan-bahan :

1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

1 sudu besar tepung kastard

1 cawan kelapa kering (disangai)

1 cawan nestum

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Masukkan nestum dan juga kelapa.

4. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.

5. Uli hingga menjadi doh serta tak lekat pada tangan.

6. Tekap dengan acuan kesukaan dan letakkan manik di atasnya.

7. Bakar pada suhu 170oC selama 20-25 minit atau mengikut oven masing-masing.

 

Popia Nestum





Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia 

2 cawan nestum (dikisar)

½ cawan susu tepung

2 sudu besar gula pasir (dikisar)

Minyak untuk menggoreng

 

Cara Membuatnya :

1. Potong dua kulit popia yang bersaiz besar.

2. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi sate atau straw.

3. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan juga air.

4. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.

5. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing.

6. Campurkan nestum, gula dan juga susu tepung. Gaul sebati.

7. Dalam keadaan kulit popia masih suam, gaulkan dengan campuran tadi.

8. Jangan tunggu kulit popia sejuk kerana nanti bahan salutan tidak melekat.

9. Tunggu sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

 

Sabtu, 27 Mac 2021

Pizza Roti Gunting (Masak Dalam Kuali)

 




Bahan-bahan :

10 keping roti sandwich (potong dadu)

4 biji telur

Sedikit garam

Bawang besar (potong dadu)

Bawang putih (potong dadu)

Sosej (dipotong)

Sos prego tradisi

1 sudu mentega

Sos cili

Mayonis

Keju mozzarella

Sayuran (jika ada)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.

2. Masukkan sos prego, sosej dan juga sayuran yang disukai.

3. Masak hingga sayur lembut dan tutup api.

4. Gunting roti sandwich menjadi potongan dadu kecil.

5. Satu keping roti boleh mendapat 16 potongan dadu (ikut citarasa).

6. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sedikit garam.

7. Pukul telur bagi sebati dan tuangkan pada roti tadi.

8. Gaul hingga roti dan telur bersatu.

9. Panaskan kuali, masukkan mentega.

10. Biarkan mentega cair dan ratakan pada seluruh permukaan kuali. Tutup api.

11. Tuangkan roti yang bersalut telur. Susun agar memenuhi ruang kuali.

12. Kemudian letakkan sosej dan sayur yang telah dimasak tadi.

13. Letakkan juga sos cili dan mayonis.

14. Akhir sekali, taburkan keju mozzarella. Tutup dengan penutup kuali.

15. Masak dengan menggunakan api yang sangat kecil.

16. Apabila keju sudah cair, bolehlah tutup api.

17. Sedia untuk dinikmati.