Rabu, 22 September 2010

Kek Coklat

Kek Coklat

Bahan-bahan :

120 gram tepung gandum
30 gram serbuk koko
150 gram marjerin
150 gram gula kaster
3 biji telur (dipukul)
1 camca teh serbuk penaik


Cara Membuatnya :

1. Tepung gandum dan serbuk koko diayak bersama. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga kembang.

3. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur yang dipukul tadi.

4. Kaupkan campuran tepung tadi dengan sudu logam sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan kek.

6. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit hingga masak.

7. Ketuhar mesti dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius.


Nota Sajian Hati :

Jika anda ingin membuat kek menggunakan sukatan cawan pula, boleh cuba resepi di bawah. Resepinya sama sahaja seperti di atas tetapi menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah. Semoga ianya dapat membantu. Jika ada kesilapan, harap dimaafkan.


Kek Coklat Versi Sukatan Cawan


Kek Coklat Sedap

Bahan-bahan :

¾ cawan tepung gandum
6-7 sudu besar serbuk koko
½ cawan marjerin
¾ cawan gula halus
3 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 camca teh serbuk penaik


Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali, pastikan cawan yang anda gunakan untuk menyukat ialah dengan menggunakan cawan seperti di bawah.

Cawan


2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko dan juga serbuk penaik. Ketepikan dahulu.

3. Putar marjerin dan gula halus hingga kembang dan putih.

4. Masukkan telur yang dipukul dan putar lagi.

5. Kaupkan campuran tepung tadi dengan sudu logam sedikit demi sedikit sehingga sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam bekas atau acuan kertas.

7. Ketuhar mesti dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 0C.

8. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Kek Biasa

Kek Biasa

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum


Cara Membuatnya : 

Ayak tepung gandum bersama baking powder. Putar marjerin dan gula hingga kembang.

Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. Putar hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak bersama tadi.

Kacau hingga rata dan sebati. Sapu permukaan bekas kek dengan sedikit marjerin agar kek tidak melekat.

Bakar sehingga masak. Cucuk kek menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum. Jika tiada sisa kek melekat pada lidi, bermakna kek tersebut sudah masak.

Sedia untuk dihidang.
 

Biskut Pasir

Biskut Pasir

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
4 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2 cawan kelapa parut goreng (dibuang kulitnya)
1 ½ cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Gula dipukul dengan 1 cawan marjerin hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen vanilla, kelapa goreng, tepung jagung dan tepung ubi.

3. Uli sehingga menjadi doh.

4. Terap dengan acuan yang disukai atau kebiasaannya acuan bulan sabit.

5. Bakar sehingga masak.

Biskut Buah Pinggang

Biskut Buah Pinggang


Bahan-bahan : 

1 buku buttercup atau 1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan roti merry (dihancurkan)
1 cawan cornflakes (dihancurkan)


Cara Membuatnya : 

1. Pukul gula dan buttercup hingga kembang.

2. Masukkan telur, esen vanilla dan dikacau rata.

3. Masukkan cornflakes, roti merry, kacau perlahan-lahan dan masukkan tepung.

4. Terap dengan acuan buah pinggang dan sapu telur dan tabur sedikit cornflakes hancur di atasnya.


Biskut Mazola

Biskut Mazola
Biskut Mazola
Bahan-bahan : 

300 gram tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 biji kuning telur
½ botol kecil minyak Mazola


Cara Membuatnya : 

1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula.

2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga rata.

3. Bentukkan bulat-bulat leper atau dibentuk menggunakan acuan mengikut pilihan sendiri.

4. Sapukan dengan kuning telur di atasnya dan letakkan kacang tanah sebagai hiasan.

5. Bakar hingga masak dan dibiarkan sejuk. Sedia untuk dihidang.