Kek Coklat

Rabu, 22 September 2010

Kek Coklat

Kek Coklat

Bahan-bahan :

120 gram tepung gandum
30 gram serbuk koko
150 gram marjerin
150 gram gula kaster
3 biji telur (dipukul)
1 camca teh serbuk penaik


Cara Membuatnya :

1. Tepung gandum dan serbuk koko diayak bersama. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga kembang.

3. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur yang dipukul tadi.

4. Kaupkan campuran tepung tadi dengan sudu logam sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan kek.

6. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit hingga masak.

7. Ketuhar mesti dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius.


Nota Sajian Hati :

Jika anda ingin membuat kek menggunakan sukatan cawan pula, boleh cuba resepi di bawah. Resepinya sama sahaja seperti di atas tetapi menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah. Semoga ianya dapat membantu. Jika ada kesilapan, harap dimaafkan.


Kek Coklat Versi Sukatan Cawan


Kek Coklat Sedap

Bahan-bahan :

¾ cawan tepung gandum
6-7 sudu besar serbuk koko
½ cawan marjerin
¾ cawan gula halus
3 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 camca teh serbuk penaik


Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali, pastikan cawan yang anda gunakan untuk menyukat ialah dengan menggunakan cawan seperti di bawah.

Cawan


2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko dan juga serbuk penaik. Ketepikan dahulu.

3. Putar marjerin dan gula halus hingga kembang dan putih.

4. Masukkan telur yang dipukul dan putar lagi.

5. Kaupkan campuran tepung tadi dengan sudu logam sedikit demi sedikit sehingga sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam bekas atau acuan kertas.

7. Ketuhar mesti dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 0C.

8. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan