Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Bahan Untuk Sambal :

2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
½ cawan ikan bilis
2 sudu makan gula merah
½ cawan jus asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar halus)

Untuk doh :
250g tepung gandum
120ml susu atau air
2 sudu besar marjerin
2 ½ sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
2 sudu teh yis
½ hingga 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
½ biji timun (dipotong nipis)


Cara Untuk  Membuat Sambal :

Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-kuningan. Kemudian angkat dan diketepikan seketika.

Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih. Kemudiaan tumis bahan tersebut hingga naik minyak. Campurkan bersama garam, gula putih dan gula merah secukup rasa.

Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul hingga bahan menjadi sebati.

Setelah itu, masukkan jus asam jawa. Tunggu hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.

Bahan Untuk Doh :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak dan timun. Uli doh sehingga tak melekat.

Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.

Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.

Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.

Belah dua doh dan jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.

Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan