Biskut Almond London @ Tiktok KakEcah

Jumaat, 28 Jun 2024

Biskut Almond London @ Tiktok KakEcah





Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

60 gram gula aising

1 biji kuning telur

50 gram cornflakes kisar

1 sudu teh esen vanila

300 gram tepung gandum

Biji badam (dipanggang)

Coklat masakan

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati butter dengan gula aising.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan cornflakes yang telah dikisar.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

6. Ambil sedikit doh, masukkan badam panggang. Kemaskan doh.

7. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak.

8. Setelah sejuk, celupkan dengan coklat masakan yang dicairkan.

9. Taburkan di atasnya dengan badam yang dipotong kecil.

10. Biarkan sehingga coklat keras. Sedia untuk dihidang.

 

Cara Panggang Badam

1. Bakar dalam ketuhar pada suhu rendah selama 1 jam 30 minit.

2. Setiap 30 minit, kacau-kacau dan terbalikkan badam.

 

2 ulasan:

  1. sedappp. dari zaman kanak kanak suka sangat makan . satu demi satu.siap peluk balang

    BalasPadam
  2. sedap biskut almond london ni!

    BalasPadam