Isnin, 17 September 2012

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga


Bahan-bahan :

Mangga muda (dicincang)
3 biji cili kering (ditumbuk)
1 biji cabai hidup (ditumbuk atau dihiris nipis)
Cabai melaka (dihiris)
Bawang besar (dihiris nipis)
Bunga kantan (dihiris nipis)
Ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
Kacang (digoreng dan ditumbuk halus)
Gula
Garam


Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Nota : Jika tidak mahu terlalu pedas, jangan letakkan cabai melaka.

Selasa, 11 September 2012

Pulut Udang

Kuih Pulut Udang


Bahan Untuk Pulut :

Beras pulut
Santan                                
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya (dilayurkan)

Bahan Untuk Inti :

Kelapa parut
Cili kering
4 ulas bawang merah
Serai
Sedikit jintan manis
Udang hidup
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak Pulut :

Basuh beras pulut sehingga bersih. Toskan airnya. Masukkan santan secukupnya. Anggaran airnya adalah setengah daripada isi pulut. Sukat menggunakan jari. 

Masukkan garam sedikit. Masak atas api. Apabila telah kering, tutup periuk dan buka api perlahan. Kacau selalu hingga pulut betul-betul masak.


Cara Memasak Inti :

Mesin cili kering, bawang merah, serai dan jintan manis sehingga hancur. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.

Seterusnya masukkan kelapa parut, udang hidup, gula dan garam secukup rasa. Kacau di atas api sehingga kering. Tutup api.

Seterusnya, bungkus pulut menggunakan daun pisang. Letakkan inti di tengahnya. Setelah itu, panggang di atas api buat seketika.

Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 7 September 2012

Nasi Lemak Ikan Bilis

Nasi Lemak Ikan Bilis

Bahan Untuk Nasi :

4 cawan beras
5 cawan santan @ secukupnya
Garam secukup rasa
Halia (diketuk)
6 biji lada hitam
2 helai daun pandan (disimpul)
1 batang serai (diketuk)

Bahan Untuk Membuat Sambal Ikan Bilis :

Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak


Cara Memasak Nasi :

Basuh beras sehingga bersih. Masukkan santan, daun pandan, halia, serai, lada hitam serta garam secukup rasa. Masak nasi seperti biasa.


Cara Memasak Sambal :

1. Mesin cili kering bersama bawang merah sehingga hancur.

2. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.

3. Tumis bahan yang dikisar sehingga masak dan naik minyak.

4. Setelah itu, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan air asam jawa secukupnya beserta garam dan gula.

6. Tunggu hingga mendidih dan kuah agak pekat. Tutup api.

7. Sedia untuk dihidang bersama nasi.