Ahad, 5 Ogos 2018

Homemade Aiskrim Milo

Homemade Aiskrim Milo

Homemade Aiskrim Milo

Homemade Aiskrim Milo

Homemade Aiskrim Milo

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis (secukup rasa)
1 sudu kecil esen vanila
Milo secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu cair, ovalette, susu pekat manis, esen vanila dan milo.

2. Pukul guna mixer atau blend sampai sebati dan gebu.

3. Kemudian boleh tuang dalam bekas dan sejukkan semalaman.

4. Sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 28 Julai 2018

Resipi Air Soda Herbs

 Air Soda Herbs

 Air Soda Herbs

 Air Soda Herbs

Bahan-bahan :

1 botol besar air ais krim soda
1 tin laici (ambil buah sahaja)
2 batang serai (diketuk @ dititik)
Beberapa helai daun pudina
1 biji lemon (dihiris nipis)
4-6 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Cuci semua bahan hingga bersih.

2. Hiriskan lemon nipis-nipis.

3. Masukkan daun pudina, lemon, asam boi putih, serai dan buah laici dalam bekas.

4. Kemudian tuangkan air ais krim soda.

5. Gaul sehingga sebati rasanya.

6. Akhir sekali, masukkan ketulan ais dan sedia untuk dihidang.

Selasa, 19 Jun 2018

Biskut Oat Salut Susu Tepung

Biskut Oat Salut Susu Tepung

Biskut Oat Salut Susu Tepung

Biskut Oat Salut Susu Tepung

Biskut Oat Salut Susu Tepung

Biskut Oat Salut Susu Tepung

Bahan-bahan :

250 gram mentega
3/4 cawan gula halus
2 cawan oat (dikisar)
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila


Bahan Untuk Salut :

Sedikit gula aising
Susu tepung


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan serbuk koko. Kacau sebati.

3. Kemudian, masukkan oat dan juga tepung gandum.

4. Uli hingga menjadi doh. Jika masih lembut tambahkan lagi tepung gandum.

5. Terap dengan acuan yang digemari dan bakar sehingga masak.

6. Biarkan kuih sejuk, salut dengan campuran susu tepung dan gula aising.

7. Sedia untuk dinikmati.