Bahan-bahan
:
1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
2 camca susu pekat
2 biji telur ayam putih sahaja
1 ½ cawan tepung gandum
2 ½ cawan tepung jagung
Cara
Membuatnya :
Pukul marjerin dan gula halus
sehingga kembang. Masukkan telur dan juga susu. Kacau hingga rata.
Masukkan tepung jagung dan tepung
gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Jika masih lembut,
tambahkan tepung jagung secukupnya.
Tekan dengan menggunakan acuan
biskut bunga cina. Acuan biskut bunga cina adalah sama dengan acuan kuih
samperit.
Letakkan ceri merah di atasnya. Bakar
sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan