Sumber
Resipi :
Chef Hanieliza
Bahan
A (Untuk Kulit) :
Kulit popia secukupnya
Minyak masak
1 sudu makan tepung gandum dan
1 sudu makan air (dibancuh
sebagai gam kulit popia)
Bahan
B (Untuk Inti) :
200 gram udang (dihiris kecil)
1 batang lobak merah kecil
(disagat ataupun dipotong halus)
½ cawan daun kucai (dipotong
pendek)
1 labu bawang besar (diracik)
1 ulas bawang putih (dipotong
dadu kecil)
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan
C (Untuk Sos) :
2 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih (ditumbuk
hancur)
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bijan
Cara
Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan
bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan udang dan lobak
merah. Kemudian, masukkan sengkuang, daun kucai dan garam. Kacau rata.
3. Apabila sayur lembut, tutup
api dan tapiskan supaya kuahnya terasing.
4. Letakkan inti popia di tengah
kulit popia dan gulungkan hingga hujung seperti gulungan kuih gulung.
5. Gamkan hujung dengan bancuhan
tepung tadi.
6. Goreng menggunakan minyak yang
banyak dengan api yang sederhana panas.
7. Apabila kekuningan, boleh
angkat dan tuskan minyak.
8. Tumiskan cili dan bahan lain.
Masakkan hingga pekat dan naik minyak.
9. Masukkan popia goreng dan
taburkan bijan. Kacau rata dan angkat. Sedia dihidangkan.
kalau ke pasar malam/ bazar ramadan mesti beli popia..tak pernah buat sendiri hehe
BalasPadam