Kek Batik Milo Sedap

Sabtu, 11 Ogos 2018

Kek Batik Milo Sedap

Kek Batik Milo Sedap

Kek Batik Milo Sedap

Kek Batik Milo Sedap

Kek Batik Milo Sedap

Kek Batik Milo Sedap

Kek Batik Milo Sedap
Sumber :
Facebook

Bahan-bahan :

2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
1/2 tin susu pekat manis
1 buku buttercup
300 gram biskut meri (1 bungkus)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan buttercup dan susu pekat ke dalam kuali.

2. Panaskan dengan api sederhana hingga buttercup cair.

3. Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam kuali.

4. Gaul hingga semua sebati dan pastikan tiada milo yang berketul-ketul.

5. Masukkan esen vanila, gaul sebati dan padamkan api.

6. Masukkan biskut meri yang telah dipatahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.

7. Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan padatkan kek.

8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia keras.


Nota :

1. Kalau suka kek batik milo yang ranggup, jangan campur biskut meri dalam campuran milo tetapi susun biskut dan tuangkan campuran milo selapis demi selapis.

2. Kalau lebih suka kek batik lembut, patah-patahkan biskut meri dulu dan biarkan ia lemau sedikit. Kek batik akan terasa lebih lembut dan sedap.

2 ulasan:

  1. wahhhh.. sedap :)

    follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak
    http://ejulz.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi follow. Nanti saya follow...

      Padam