Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Khamis, 23 Ogos 2018

Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Semperit Dahlia Sukatan Cawan
Sumber :
Facebook

Bahan-bahan :

1 cawan mentega @ butter
1 cawan gula kisar
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau guna tepung kastad tak perlu letak)
1 sudu teh esen vanila
Hirisan ceri merah @ hijau untuk hiasan


Cara Membuatnya :

1. Putar gula dan mentega.

2. Kemudian campurkan telur dan esen vanila.

3. Ayak ketiga-tiga tepung.

4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke bahan yang diputar.

5. Uli sampai sebati. Tambah tepung jagung jika masih lembik.

6. Sapu dulang dengan butter.

7. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan.

8. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah Celcius.

9. Bakar sehingga masak dalam 30 minit atau lebih mengikut jenis oven.


Petua Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

1. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau ;

2. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum diterap menggunakan acuan semperit.

3. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.

4. Kalau putar doh jangan sampai overbeat. 

2 ulasan: