Bahan untuk Memasak Sagu :
1 cawan sagu
1 liter air
Pewarna sirap ros @ pewarna hijau
Daun pandan (disimpul)
Bahan untuk Sirap Gula Merah :
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 cawan air
Daun pandan (disimpul)
Susu cair secukupnya
Cara Memasak Sagu :
1. Basuh sagu dan rendam selama 10 minit. Kemudian toskan
airnya.
2. Didihkan air dalam kuali sehingga mendidih bersama daun
pandan.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang dan menjadi
jernih.
4. Kacau hingga sagu betul-betul masak.
5. Tutup api dan masukkan ke dalam penapis.
6. Lalukan dengan air masak dan toskan airnya untuk membuang
kanji.
7. Masukkan ke dalam bekas dan letakkan pewarna yang disukai.
8. Biarkan ia mengeras dan sejuk di dalam peti sejuk.
Cara Membuat Sirap Gula Merah :
1. Masukkan gula merah, gula putih dan juga air di dalam
periuk.
2. Letakkan juga daun pandan yang disimpul.
3. Masak sehingga gula hancur dan mendidih. Tutup api.
4. Tapis dan sejukkan pada suhu bilik.
Cara Menghidang :
1. Letak sirap gula merah terlebih dahulu.
2. Kemudian masukkan sagu.
3. Akhir sekali, letak susu cair secukupnya.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Sedia untuk dinikmati.
sedap mkn sagu gula melaka ni time panas2.. thanks kongsi resepi:)
BalasPadam