Rabu, 17 September 2025

Resipi Kari @ Gulai Udang



Bahan-bahan :

500 gram udang sederhana besar

2 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)

1 sudu kecil halba campur

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

Setangkai daun kari

2 biji kentang (potong dadu besar)

1 cawan santan cair

2 cawan santan pekat

1 sudu besar bancuhan pati asam jawa

 

Bahan Tumbuk Halus :

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

 

Cara Memasaknya :

1. Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (tidak buang kulit).

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.

5. Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.

6. Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.


Nota :

Udang tidak boleh direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan kurang enak.


Selasa, 16 September 2025

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan


Bahan-bahan :

220 gram tepung kek

5 biji telur gred A

1/2 cawan susu cair

150 gram gula kastor

1 sudu kecil esen pandan

Sedikit pewarna hijau

150 gram mentega yang dicairkan

1 sudu penuh ovalet

 

Cara Membuatnya :

1. Kisar semua bahan di atas kecuali mentega.

2. Setelah tepung sebati dan kembang, masukkan mentega cair.

3. Pastikan mentega suam dahulu, tidak boleh terlalu panas.

4. Kacau secara kaup balik sehingga adunan sebati.

5. Ambil sedikit adunan jika nak tambah pewarna lagi.

6. Tuang dalam loyang 8x8 yang dialas dengan kertas minyak.

7. Buat deko mengikut citarasa sendiri.

8. Bakar pada suhu 130°C hingga 150°C mengikut ketuhar.

9. Masak selama 60 minit atau sehingga masak sepenuhnya.


Resipi Kek Batik Soft Crunchy @ TikTok Butter Surge




Bahan-bahan :

500 gram mentega  @ marjerin

1 cawan serbuk koko

1 cawan minuman malt coklat @ Milo @ Vico

1 ½ tin susu pekat manis

1 sudu teh creamy vanila @ esen vanila

800 gram biskut marie (patah 4)

 

Cara Membuatnya :

1. Campur semua bahan kecuali biskut marie dalam kuali atau peƱuk.

2. Kacau hingg sebati semua bahan menggunakan api yang perlahan.

3. Pastikan adunan tidak berketul.

4. Masak sehingga agak pekat dan boleh masukkan biskut.

5. Gaul sampai adunan tak melekat pada spatula.

6.Tutup api dan masukkan dalam loyang yang disapu dengan marjerin.

7. Tekan dan ratakan sehingga padat.

8. Letakkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 hingga 2 jam.

9. Apabila hendak makan, keluarkan lebih kurang 1 atau 2 jam lebih awal.


Sabtu, 8 Februari 2025

Cucur Nestum Simple




Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum

1 cawan Nestum

5 sudu besar gula

1 sudu teh garam

½ @ 1 sudu teh soda bikarbonat

1 ½ cawan air


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung gandum, Nestum dan gula dalam bekas.

2. Masukkan juga garam dan soda bikarbonat.

3. Gaul sebati bahan-bahan tersebut.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

5. Panaskan minyak, goreng hingga keperangan.


Sabtu, 1 Februari 2025

Nasi Briyani Adabi




Bahan-bahan :

3 cawan beras basmathi (basuh dan rendam selama setengah jam)

Sedikit minyak

2 sudu besar marjerin @ minyak sapi

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

1 batang kulit kayu manis

2 helai daun pandan

3 ulas bawang putih (kisar)

1 biji bawang besar (kisar)

1 inci halia (kisar)

2 sudu besar rempah briyani Adabi

Garam secukup rasa

Kismis

2-3 ketul ayam

½ cawan susu cair

4 cawan air biasa

Lobak merah (dipotong)

Kismis

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan marjerin.

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta daun pandan.

3. Masukkan juga bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga wangi.

4. Masukkan rempah briyani yang telah dikacau dengan sedikit air.

5. Masak hingga pecah minyak.

6. Masukkan ayam dan biarkan ayam seketika.

7. Kemudian masukkan susu cair, beras dan air.

8. Masukkan garam secukup rasa dan juga lobak merah.

9. Kacau sebati, boleh masak nasi seperti biasa.

10. Bila sudah masak, taburkan kismis di atasnya.

 

Nota :

1. Sukatan untuk beras basmathi 1 cawan beras bersamaan dengan 1 ½ cawan air.

2. Beras perlu dibasuh dan direndam selama setengah jam.


Sabtu, 14 Disember 2024

Apam Gula Merah @ Tiktok DMK@Norra



Bahan A :

1 cawan gula merah

2 cawan air

Daun pandan (simpul)

 

Bahan B :

3 cawan tepung gandum

3 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil garam

1 bungkus yis (11 gram)

 

Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah dengan air dan daun pandan hingga gula larut.

2. Sejukkan dan tapis air gula merah tersebut.

3. Satukan tepung gandum, garam, gula dan juga yis.

4. Campurkan bahan A dengan bahan B. Gaul hingga rata.

5. Perap adunan selama satu jam.

6. Oles acuan dengan minyak terlebih dahulu. Tuang adunan dalam ¾ acuan.

7. Didihkan air pengukus. Kukus selama 15 hingga 20 minit.

8. Hidang dengan kelapa parut yang telah dikukus.


Sabtu, 16 November 2024

Kek Batik Malt Coklat

Resipi Kek Batik Malt Coklat

Resipi Kek Batik Malt Coklat

Resipi Kek Batik Malt Coklat

Resipi Kek Batik Malt Coklat

Resipi Kek Batik Malt Coklat

Resipi Kek Batik Malt Coklat


Bahan-bahan :

300 gram biskut marie (patah 4)

250 gram butter

2 cawan malt coklat

1 sudu serbuk koko

1 kotak kecil susu full cream

2 @ 3 sudu susu pekat manis (secukup rasa)

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan butter hingga cair menggunakan api yang perlahan.

2. Kemudian masukkan malt coklat, serbuk koko dan juga susu full cream.

3. Kacau sampai rata dan tidak berketul-ketul.

4. Masukkan susu pekat secukup rasa dan kacau lagi.

5. Masak hingga menggelegak dan agak pekat.

6. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.

7. Gaul sampai semuanya sebati dan tutup api.

8. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter atau marjerin.

9. Tekan dan ratakan sehingga padat.

10. Letakkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 hingga 2 jam.

11. Apabila hendak makan, keluarkan lebih kurang 1 atau 2 jam lebih awal.

12. Kek akan menjadi lebih lembut dan memudahkan proses untuk dipotong.

13. Sedia untuk dinikmati.

 

Sabtu, 2 November 2024

Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

3 biji telur gred B

1 cawan gula

1 cawan minyak

Secubit garam

10 biji pisang emas @ 5 biji pisang berangan

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu kecil perisa pisang (jika ada)

*Saiz loyang 8 inci

 

Cara Membuatnya :

1. Pisang masak ranum dilenyekkan sehingga betul-betul lumat.

2. Tepung gandum diayak sekali dengan baking powder dan soda bikarbonat.

3. Kisar telur, gula, garam, minyak, esen vanila dan perisa pisang.

4. Kemudian masuk ke dalam tepung yang diayak tadi.

5. Masuk perlahan-lahan sambil kacau bagi adunan rata.

6. Masukkan pisang sedikit demi sedikit dan kacau rata.

7. Loyang disapu minyak, masukkan adunan tadi dan ratakan.

8. Potong pisang nipis-nipis dan letakkan di atas permukaan kek.

9. Bakar kek dengan suhu 170°C selama satu jam dengan api atas bawah.

10. Keluarkan dari oven, sapukan marjerin atas permukaan kek.

11. Tujuan sapukan marjerin supaya kek nampak berkilat.

12. Apabila kek sejuk baru dikeluarkan dari loyang. Siap dan selamat mencuba.

Ahad, 4 Ogos 2024

Kek Vanila Durian


 
 
 




Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram susu full krim

20 gram ovallet

5 biji telur gred B

1 sudu besar esen vanila

50 gram minyak jagung

 

Bahan Untuk Krim :

Fresh krim Vivo

Isi durian (dihancurkan)

Pewarna hijau

 

Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung spongemix, susu full krim dan ovallet dalam food processor.

2. Masukkan juga telur dan juga esen vanila.

3. Putar selama 2 minit atau sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 165 hingga 170 selama 25 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Membuat Krim :

1. Putar fresh krim, isi durian dan pewarna hijau sehingga gebu.

2. Tidak boleh putar terlalu lama kerana akan menjadi cair.

3. Masukkan fresh krim yang telah kembang dalam piping bag.

 

Cara Deko Kek

1. Belah kepada dua bahagian, letakkan fresh cream yang diputar tadi.

2. Salutkan luar kek dengan krim yang diputar tadi.

3. Potong piping bag, boleh buat seperti duri durian atau ikut kreativiti.