Jumaat, 13 September 2013

Cendawan Jarum Emas Goreng

Cendawan Jarum Emas Goreng
Cendawan Jarum Emas Goreng
Cendawan Jarum Emas
Cendawan Jarum Emas

Bahan-bahan :

1 bungkus cendawan jarum emas
1 sudu besar serbuk kari daging
6 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

Potong bahagian akar cendawan dan dibuang. Leraikan cendawan butang satu persatu agar tidak melekat antara satu sama lain. Kemudian dibersihkan.

Campurkan tepung gandum dan serbuk kari daging di dalam satu bekas. Kacau agar ianya sebati.

Pecah telur di dalam mangkuk dan masukkan garam secukup rasa. Pukul sedikit.

Seterusnya, masukkan cendawan ke dalam telur yang dipukul. Gaulkan hingga sekata.

Masukkan pula ke cendawan ke dalam bekas yang mengandungi campuran tepung gandum dan serbuk kari daging tadi. Gaulkan hingga semua permukaan cendawan melekat dengan tepung.

Panaskan minyak, goreng cendawan hingga masak dan garing. Angkat dan sedia untuk hidang.


Nota Sajian Hati : 

Cendawan goreng amat enak rasanya terutama dimakan ketika masih panas. Rangup dan menyelerakan. 

Rasa cendawan goreng ini seakan-akan ayam goreng dan boleh dicicah dengan sos cili.

Aiskrim Goreng

Aiskrim Goreng

Bahan-bahan :

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik wrap ( untuk bungkus roti)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Lembabkan roti dengan air atau gelekkan roti tersebut untuk mendapatkan roti yang sederhana padat.

2. Skopkan aiskrim ke atas roti ditengah-tengahnya.

3. Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.

4. Tekan menggunakan cawan plastik supaya roti terputus. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar. Buang lebihan roti yang berada di sekeliling cawan. 

5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.

6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng terlalu lama. Paling kurang 1-2 minit sahaja tetapi pastikan minyak betul-betul panas. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 4 September 2013

Cucur Nangka

Cucur Nangka

Bahan-bahan :

2 cawan buah nangka masak yang telah dipotong memanjang
3 cawan tepung gandum
Garam
Gula
1 biji telur
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

Campurkan tepung gandum dan juga buah nangka yang telah dipotong.

Masukkan telur, gula dan garam secukup rasa.

Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati hingga adunan boleh dijemput untuk membuat cucur.

Sudukan adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidang.