Sabtu, 24 Ogos 2013

Agar-agar Nescafe

Agar-agar Nescafe

Agar-agar Nescafe
Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 ½ sudu serbuk Nescafe
7 cawan air


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar-agar hancur dan mendidih.

Seterusnya, masukkan gula secukup rasa. Tunggu hingga gula larut.

Kemudian, masukkan susu cair dan juga serbuk Nescafe. Kacau hingga sebati dan masak sehingga mendidih.

Tuangkan ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk hingga agar-agar menjadi keras.

Sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Khamis, 8 Ogos 2013

Kuih Buah Rotan

Kuih Buah Rotan

Bahan-bahan :

400 gram tepung pulut
Santan
2 biji telur ayam (pukul sedikit)
Sedikit garam
4 sudu besar gula
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

Santan dimasak hingga mendidih. Biarkan ianya sejuk.

Masukkan tepung pulut di dalam bekas. Masukkan gula, garam dan juga telur. Gaulkan.

Akhir sekali, masukkan santan yang dimasak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Uli seperti adunan membuat karipap.

Ambil sedikit adunan dan buat bentuk bulat-bulat kecil. Jangan buat terlalu besar kerana ia akan mengembang ketika digoreng nanti.

Letakkan ke dalam bekas yang berisi bijan dan digolek-golekkan agar kena pada semua permukaan kuih dan tidak melekat antara satu sama lain.

Goreng hingga garing dengan api yang sederhana. Sedia untuk dihidang.

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu

Bahan-bahan :

125 gram buttercup
½ cawan madu
2 sudu besar gula
8 cawan cornflakes
Sedikit kismis
Gula manik sebagai hiasan


Cara Membuatnya :

1. Cairkan buttercup, gula dan madu di dalam kuali.

2. Masukkan cornflakes dan kismis.

3. Kacau rata dan masukkan ke dalam cawan kertas.

4. Taburkan gula-gula manik di atasnya. 

5. Bakar pada suhu 170 oC selama 10 minit.