Sabtu, 19 September 2015

Aiskrim Kelapa Muda

Aiskrim Kelapa Muda

Bahan Untuk Membuat Aiskrim Kelapa Muda :

1 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
Air gula secukupnya


Cara Membuat Aiskrim Kelapa Muda :

1. Campurkan isi kelapa muda dan airnya di dalam bekas.

2. Tuangkan air gula secukupnya mengikut manis yang dikehendaki.

3. Bancuhan air gula hendaklah pekat agar tidak menggunakan terlalu banyak air.

4. Kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas acuan aiskrim.

5. Bekukan sehingga keras.

6. Lalukan bekas acuan dengan air agar aiskrim mudah ditanggalkan.

7. Sedia untuk dinikmati dan pasti anda merasa kesedapan air kelapa muda.

Rabu, 16 September 2015

Petua Memilih Ikan Air Tawar


Terdapat banyak jenis ikan air tawar di pasaran iaitu ikan patin, siakap, keli, tilapia dan pelbagai lagi. Namun yang demikian, masih ramai yang tidak tahu cara memilih ikan air tawar yang baik.

Cara terbaik untuk memilih ikan air tawar segar di pasaran adalah dengan memilih kulitnya yang bersih dan masih berkilat. Jika badan ikan ditekan dengan hujung jari, ia tidak lembut. Matanya jernih dan tidak kemerahan. Insangnya segar dan tidak hanyir.

Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Air Tawar


Hanyir pada ikan air tawar dapat dihilangkan dengan memerap menggunakan jus limau nipis ataupun jus asam jawa semasa membersihkannya. Ia juga dapat dihilangkan dengan menambah lebih banyak bahan perencah di dalam masakan yang menjadikan masakan lebih enak.

Selasa, 15 September 2015

Petua Meranggupkan Tomato yang Ranum



Untuk merangupkan tomato yang terlalu ranum dan sedikit lembik, cubalah cara ini. Rendam tomato di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum digunakan dalam masakan anda. 

Namun, jika ada tomato yang masih hijau pula, cuba cara ini. Masukkan tomato dan pisang ke dalam plastik kedap udara dan biarkan selama dua hari. Pasti tomato akan lebih ranum. Selamat Mencuba :)

Jumaat, 11 September 2015

Kek Mentega Strawberi dan Vanila

Kek Mentega Strawberi dan Vanila

Kek Mentega Strawberi dan Vanila

Kek Mentega Strawberi dan Vanila


Bahan Untuk Membuat Kek Mentega Strawberi dan Vanila :

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh esen vanila
Strawberi emulco secukupnya


Cara Membuat Kek Mentega Strawberi dan Vanila :

1. Pukul marjerin dengan gula halus sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

3. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan.

4. Kacau hingga sebati dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.

5. Satu bahagian diletakkan esen vanila dan satu lagi letakkan strawberi emulco.

6. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu agar kek tidak melekat.

7. Tuangkan adunan kek secara berselang-seli antara adunan strawberi dan vanila.

8. Panaskan ketuhar dan bakar sehingga masak.

9. Keluarkan kek dari loyang, potong dan sedia untuk dihidang.

Isnin, 7 September 2015

Homemade Aiskrim Jagung dan Strawberi

Aiskrim Jagung dan Strawberi

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
¼ tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett
1 biji telur
Strawberi emulco
Bes minuman perisa jagung


Cara Membuatnya :

1. Guna mixer dan masukkan susu cair, susu pekat, telur, esen vanila dan ovalett.

2. Pukul selama 20-30 minit untuk mendapatkan tekstur yang pekat dan likat seperti ala-ala krim.

3. Asingkan kepada dua bahagian untuk dimasukkan perisa jagung dan strawberi emulco.

4. Tuangkan dalam bekas dan keraskan dalam peti ais.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kuih Apom Lenggang

Kuih Apom Lenggang
Sumber Resipi :


Bahan Untuk Membuat Apom Lenggang :

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula
Sedikit garam
1 sudu teh yis mauripan
1 ½ cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur


Cara Membuat Apom Lenggang :

1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan dan telur.

2. Kacau hingga sebati dan masukkan dalam bekas bertutup.

3. Peram selama semalaman.

4. Santan dan telur dimasukkan pada waktu pagi kerana takut santan menjadi masam.

5. Panaskan kuali non-stick dan tuang satu senduk kecil adunan apom itu.

6. Guna kuali biasa pun boleh dan letakkan sedikit minyak.

7. Masak dengan api yang kecil dan tutup kuali dengan tudung periuk.

8. Bila garing ditepi bolehlah diangkat. Tak perlu terbalikkan kerana masak sebelah sahaja.

9. Semasa masih panas lipat atau gulung kuih apom tersebut.

10. Perlu lipat semasa kuih masih panas agar ia melekat cantik dan tidak mudah terbuka.