Bahan-bahan
:
30 biji roselle (kopek
kelopak, buang biji dan cuci bersih)
2 liter air
5 cawan gula kasar
Cara
Membuat Halwa Roselle :
1. Masukkan kelopak roselle yang
telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama air.
2. Panaskan atas api dan masukkan
gula, gaulkan sehingga gula cair.
3. Biarkan menggelegak dan
renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.
4. Tutup api dan tapiskan air
roselle. Simpan kelopaknya untuk dibuat halwa.
5. Air roselle yang dihasilkan boleh
dibancuh bila-bila masa sahaja.
6. Tambahkan ketul ais secukupnya
untuk menikmati minuman sejuk.
7. Kelopaknya pula boleh dijemur
di bawah terik matahari sehingga kering.
8. Maka terhasillah halwa dan
sedia untuk dinikmati.
Nota
:
Jika anda berasa kelopak roselle
kurang manis setelah ditapis, anda boleh melakukan kaedah di bawah.
Jika anda sudah berasa cukup
manis, boleh terus jemur kelopak roselle tersebut.
Bahan-bahan
:
Kelopak roselle yang ditapis
1 sudu besar gula
1 sudu besar air
Cara
Membuatnya :
1. Panaskan gula dan air di dalam
periuk menggunakan api sederhana.
2. Panaskan hinga gula larut.
3. Masukkan kelopak roselle dan
kacau hingga kering.
4. Tutup api dan keringkan
kelopak roselle.