Selasa, 16 Julai 2013

Pelbagai Petua Untuk Landas Cincang

Landas Cincang

1. Setiap kali hendak memotong, menghiris atau mencincang makanan di atas landas cincang (cutting board), pilihlah landas cincang yang diperbuat daripada plastik atau kayu. Elakkan dari memilih landas cincang yang lebih keras kerana ini akan menyebabkan pisau menjadi tumpul atau calar.

2. Gunakan landas yang sama setiap kali hendak memotong daging dan gunakan landas cincang yang lain pula untuk memotong sayur-sayuran atau buah. Tapi jika anda memiliki hanya satu landas cincang di rumah, tidak mengapa. Tak perlu susah-susah membeli satu lagi landas cincang. Cuma pastikan anda potong sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum memotong daging mentah.

3. Cuci papan atau landas cincang dengan air suam setiap kali sudah digunakan.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Petua Mengharumkan Dapur

Ruang Dapur

Masalah dapur berbau kurang menyenangkan memang biasa dialami setiap orang. Masalah ini seringkali berlaku terutamanya selepas selesai menyiang ikan, daging dan ayam. Bagi mengatasi masalah ini, rebuskan beberapa keping kulit kayu manis bersama dengan bunga cengkih dan cuka biasa. Gunakan air rebusan itu untuk menyembur atau mengelap meja, cabinet, jubin dan singki di dapur anda. Insya-Allah bau hanyir dan bau-bau kurang menyenangkan akan hilang.

Sumber : Mingguan Wanita 

Khamis, 11 Julai 2013

Pelbagai Petua Berkaitan Kentang

Ubi Kentang

1. Untuk membakar kentang dengan lebih cepat, terlebih dulu masukkan kentang tersebut di dalam air garam selama 15 minit. Selepas itu barulah dibakar seperti biasa.

2. Usah simpan kentang bersama bawang. Kentang akan menjadi busuk dengan lebih cepat jika ditempatkan dalam satu bekas dengan bawang.

3. Kulit kentang jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan cermin tingkap. Kemudian bilas dengan air biasa. Nah, tentu anda terkejut dengan hasilnya nanti.

Sumber : Mingguan Wanita