Jumaat, 4 Oktober 2013

Air Asam Boi

Air Asam Boi

Bahan-bahan :

10-15 biji asam boi @ asam kecut warna merah @ asam ko
2 liter air atau secukupnya
Gula ikut kemanisan yang anda suka
2 biji limau kasturi
Ais kiub secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Rebus asam boi dengan air hingga asam boi kembang.

2. Masukkan gula secukup rasa. Biarkan sejuk.

3. Tuang dalam jug dan perah jus limau kasturi. Letak ais kiub secukupnya.

4. Biarkan sejuk dan boleh hidang. 

Selasa, 17 September 2013

Bubur Barli

Bubur Barli

Bahan-bahan :
 
350 gram biji barli (basuh dan rendam seketika)
Santan
Gula pasir
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :
 
1. Rebus biji barli hingga kembang dan empuk.

2. Setelah biji barli empuk, masukkan pula gula secukup rasa. Biarkan seketika.
 
3. Masukkan santan secukupnya, daun pandan dan juga sedikit garam agar terasa lebih lemak dan enak.
 
4. Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.
 

Air Sirap Selasih


Air Sirap Selasih

Bahan-bahan :

3 sudu besar biji selasih
Gula secukupnya
Ketul ais
Air panas
Perisa Ros


Cara Menyediakannya :

1. Rendam biji selasih di dalam air panas. Biarkan hingga biji selasih betul-betul kembang. Kemudian toskan airnya.

2. Bancuh air gula secukupnya. Campurkan perisa ros.

3. Seterusnya, masukkan biji selasih yang telah kembang tadi. 

4. Akhir sekali, masukkan ketul ais. Sedia untuk dihidang.