Ahad, 15 Mac 2020

Kacang Kuda Goreng Cili Kering

Kacang Kuda Goreng Cili Kering

Kacang Kuda Goreng Cili Kering

Kacang Kuda Goreng Cili Kering

Bahan-bahan :

1 peket kacang kuda
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5-6 cili kering (digunting serong panjang)
2-3 lembar daun kari
1-2 sudu kecil biji sawi
Garam
Serbuk perasa (jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :

1. Kacang kuda dibasuh dan direndam sehingga kembang.

2. Rebus sehingga empuk dan masukkan sedikit garam. Toskan airnya.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu.

4. Masukkan cili kering, daun kari, biji sawi dan masak hingga wangi.

5. Masukkan pula kacang kuda, garam dan serbuk perasa secukupnya.

6. Gaul hingga sekata dan sedia untuk dinikmati.

Ahad, 1 Mac 2020

Sagu Gula Merah





Bahan untuk Memasak Sagu :

1 cawan sagu
1 liter air
Pewarna sirap ros @ pewarna hijau
Daun pandan (disimpul)


Bahan untuk Sirap Gula Merah :

1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 cawan air
Daun pandan (disimpul)
Susu cair secukupnya


Cara Memasak Sagu :

1. Basuh sagu dan rendam selama 10 minit. Kemudian toskan airnya.

2. Didihkan air dalam kuali sehingga mendidih bersama daun pandan.

3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih.

4. Kacau hingga sagu betul-betul masak.

5. Tutup api dan masukkan ke dalam penapis.

6. Lalukan dengan air masak dan toskan airnya untuk membuang kanji.

7. Masukkan ke dalam bekas dan letakkan pewarna yang disukai.

8. Biarkan ia mengeras dan sejuk di dalam peti sejuk.


Cara Membuat Sirap Gula Merah :

1. Masukkan gula merah, gula putih dan juga air di dalam periuk.

2. Letakkan juga daun pandan yang disimpul.

3. Masak sehingga gula hancur dan mendidih. Tutup api.

4. Tapis dan sejukkan pada suhu bilik.


Cara Menghidang :

1. Letak sirap gula merah terlebih dahulu.

2. Kemudian masukkan sagu.

3. Akhir sekali, letak susu cair secukupnya.

4. Sejukkan di dalam peti sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 17 Ogos 2019

Biskut Badam Coklat Chip

Biskut Badam Coklat Chip

Biskut Badam Coklat Chip

Biskut Badam Coklat Chip

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
½ cawan coklat chip
¾ - 1 cawan cawan serbuk badam (sangai dahulu)
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga sebati.

2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan serbuk badam dan coklat chip.

4. Masukkan  tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh dan tekan dengan acuan yang disukai.

6. Bakar sehingga masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.