Bahan-bahan :
5 cawan beras
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Sedikit minyak sapi untuk menumis
100 gram tomato puri (1 tin
kecil)
Garam secukup rasa
Lobak merah (dihiris memanjang)
Sedikit kismis (jika ada)
2 sudu besar susu pekat manis
atau secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
Cara Membuatnya :
1. Goreng bawang merah bersama
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari dengan menggunakan
minyak sapi hingga kuning.
2. Masukkan tomato puri dan juga
air secukupnya. Masukkan juga garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya, masukkan beras dan
juga susu pekat manis. Biarkan hingga hampir masak.
4. Apabila nasi sudah hampir
masak, masukkan lobak merah dan juga kismis. Kacau hingga sebati.
5. Biarkan sehingga nasi
betul-betul masak. Akhir sekali, boleh taburkan hirisan daun sup dan daun
bawang agar lebih wangi dan menarik.
6. Sedia untuk dihidang.