Kuih bakar kacang merupakan sejenis kuih
tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada kacang hijau. Kacang hijau
yang telah dibuang kulit, di basuh dan digoreng hingga keperangan. Kemudian
dikisar sehingga halus. Dicampur dengan tepung ubi dan bahan lain.
Kuih tradisional ini mempunyai acuan yang
unik dengan corak daunnya. Kuih ini menjadi kegemaran masyarakat Melayu di
Malaysia terutama golongan tua. Ia sesuai untuk majlis kenduri dan hidangan
hari raya. Kuih ini sukar didapati kerana proses membuatnya yang agak rumit
iaitu ketika proses menerapnya dan tiada generasi baru yang mahu
mempelajarinya.
RESIPI KUIH BAKAR KACANG
OLEH : SAJIAN HATI
Bahan-bahan :
1 kg kacang hijau yang dibuang
kulit
1 kg tepung ubi
Gula halus secukupnya
4 biji telur
Sedikit garam
Santan pekat daripada sebiji
kelapa
Tepung ubi juga digoreng tanpa minyak
hingga wangi dan ringan.
Setelah itu, kisar kacang hijau hingga halus. Ayak agar kisaran kacang lebih halus. Sukat kacang hijau yang telah dimesin menggunakan mangkuk.
1 mangkuk kacang yang dimesin
bersamaan 1 mangkuk gula halus dan 1 mangkuk tepung ubi harus dimasukkan ke
dalam adunan.
Contohnya jika terdapat 3 mangkuk
kacang yang telah dimesin, sila masukkan 3 mangkuk gula halus dan 3 mangkuk
tepung ubi.
Setelah disukat semua, lebihkan
sedikit gula dengan memasukkan 5 sudu besar gula halus lagi. Kacau rata
ketiga-tiga bahan ini.
Seterusnya, masukkan telur ke
dalam campuran tepung tadi. Gaul lagi.
Kemudian masukkan santan secukupnya. Uli hingga sebati.
Kemudian masukkan santan secukupnya. Uli hingga sebati.
Tekan doh dengan meletakkan
sedikit minyak ke atas acuan agar mudah untuk mengeluarkan kuih dan tidak
menjejaskan kecantikan kuih.
Sebelum meletakkan kuih di atas loyang, sapukan sedikit minyak di atasnya agar kuih mudah ditanggalkan dan tidak melekat.