Agar-agar Kering Berperisa

Rabu, 30 September 2015

Agar-agar Kering Berperisa

Agar-agar Kering Berperisa

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar bertali (37.5 gram)
1 kg gula pasir
Air yang disukat
Strawberi emulco @ Perisa strawberi
Pandan emulco @ Perisa pandan
Oren emulco @ Perisa oren
Pewarna yang sesuai jika menggunakan perisa


Cara Membuatnya :

1. Langkah pertama, basuh agar-agar bertali sehingga bersih.

2. Masukkan agar-agar ini ke dalam jug air. Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.

3. Tandakan kedudukan agar-agar tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug, tandakan kedudukan tersebut.

4. Setelah itu, tuangkan agar-agar ke dalam periuk.

5. Masukkan air sebanyak 2 kali di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.

6. Rebus agar-agar bersama air yang disukat sehingga mendidih dan hancur.

7. Apabila agar-agar telah hancur semuanya, masukkan gula pasir.

8. Masak hingga mendidih dan bolehlah tutup api.

9. Asingkan agar-agar kepada 4 bekas. Setiap bekas diletakkan warna dan perisa yang dikehendaki.

10. Setelah sejuk dan keras bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas kering.

11. Jemur agar-agar dan sesekali balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata. Jemur sehingga seminggu dan agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.

2 ulasan:

  1. sedapnya..nak buat makan masa..nak habis sekejap jer...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi juga membuatnya.. dapat banyak.. orang makan sikit-sikit kerana manis.. jadi lambat juga habis :)

      Padam