Jumaat, 16 Mac 2012

Kuih Lapis Tepung Beras

Kuih Lapis Tepung Beras

Bahan A :

250 gram tepung beras
30 gram tepung ubi kayu
400 ml pati santan
500 ml air
1 camca kecil garam

Bahan B :

240 gram gula
200 ml air
2 helai daun pandan (diikat)

Cara Membuatnya :

1.     Masakkan  bahan B sehingga gula larut. Biarkan ia sejuk.

2.    Campurkan bahan A dalam bahan B. Kacau hingga sebati lalu tapiskan.

3.    Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah atau hijau (pilihan sendiri) dan satu lagi dibiarkan warna asal iaitu putih.

4.    Panaskan sebuah loyang dalam kukusan hingga air mendidih.

5. Kemudian, tuangkan sesenduk adunan putih. Kukus selama 3 minit. Seterusnya, masukkan sesenduk adunan merah pula. Buat begini sehingga habis.

6.  Padamkan api dan kuih ditinggalkan dalam kukusan selama 3 minit supaya kelihatan berminyak.

Rabu, 7 Mac 2012

Agar-agar Bandung

Agar-agar Bandung

Bahan-bahan : 

1 peket agar-agar (10 gram)
5 cawan air 
½ cawan susu pekat (secukupnya)
Gula secukup rasa 
Pewarna ros
Dua helai daun pandan (diikat)

Cara Membuatnya : 

Rebus agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur dan mendidih. Masukkan juga daun pandan. 

Kemudian, masukkan gula secukupnya. Kacau.

Seterusnya, masukkan pewarna ros dan susu. Kacau lagi hingga sebati. 

Tutup api dan boehlah dituang ke dalam acuan. Sejukkan hingga agar-agar keras.

 

Jumaat, 2 Mac 2012

Puding Ubi Kentang Simple

Puding Ubi Kentang

Bahan-bahan : 

10 gram agar-agar (1 peket) 
1 tin susu cair
2 biji ubi kentang (direbus) 
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar mentega 
1 biji telur
Gula secukupnya 
Sedikit perwarna makanan
2 helai daun pandan (diikat) 

Cara Membuatnya : 

Rebus kentang hingga empuk. Masukkan sedikit garam.

Pada masa yang sama, masak agar-agar bersama 3 ½  cawan air hingga hancur dengan daun pandan.  Masukkan gula  dan kacau hingga larut.   

Ubi kentang dikisar bersama 1 cawan air, mentega, telur dan tepung kastad. Kisar hingga sebati. 

Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar yang dimasak tadi. Masukkan juga susu cair. Kacau hingga mendidih.  

Angkat dan tapis serta dibahagi dua bahagian.  Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna dan satu lagi dibiarkan warna asal. 

Basahkan bekas atau acuan sebelum memasukkan adunan.

Tuang aduan sedikit demi sedikit sehingga semua adunan habis.  Biarkan beku dan bolehlah dihidang.

Ahad, 26 Februari 2012

Kek Batik Rehan

Kek Batik Rehan

Bahan-bahan :

300 gram biskut marie (dipatah 4)
1 cawan mentega 
1 biji telur
½ cawan susu 
½ cawan gula
1 cawan milo

Cara Membuatnya :

Campurkan mentega, telur, gula, susu dan milo ke dalam kuali. Kacau di atas api hingga pekat.

Kemudian, masukkan roti marie dan gaul hingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang dan ditekan-tekan hingga padat dan rata.

Setelah itu, masukkan ke dalam peti sejuk. 

Kuih Kacang Potong Ain

Kuih Kacang Potong

Bahan-bahan : 

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan hingga masak)
½ cawan lenga (digoreng tanpa minyak hingga kekuningan) 
1 cawan gula putih
Daun pisang secukupnya

Cara Membuatnya : 

Goreng gula di dalam kuali sehingga cair dan kekuningan. Pastikan gula betul-betul cair kesemuanya.

Kemudian, masukkan kacang tanah dan lenga. Kacau hingga sebati. Tutup api. 

Tuangkan ke atas daun pisang untuk dicanai. Tekan sehingga padat dan rata. Tekan mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan.