250 gram tepung beras
30 gram tepung ubi kayu
400 ml pati santan
500 ml air
1 camca kecil garam
Bahan B :
240 gram gula
200 ml air
2 helai daun pandan (diikat)
1. Masakkan bahan B sehingga gula larut. Biarkan ia sejuk.
2. Campurkan bahan A dalam bahan B. Kacau hingga sebati lalu tapiskan.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah atau hijau (pilihan sendiri) dan satu lagi dibiarkan warna asal iaitu putih.
4. Panaskan sebuah loyang dalam kukusan hingga air mendidih.
5. Kemudian, tuangkan sesenduk adunan putih. Kukus selama 3 minit. Seterusnya, masukkan sesenduk adunan merah pula. Buat begini sehingga habis.
6. Padamkan api dan kuih ditinggalkan dalam kukusan selama 3 minit supaya kelihatan berminyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan