Bubur Puteri Mandi @ Wadai Kepeng

Jumaat, 30 Mac 2012

Bubur Puteri Mandi @ Wadai Kepeng

Bubur Puteri Mandi atau Wadai Kepeng

Bahan-bahan : 

2 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur sirih
Gula merah
Gula pasir
Sedikit garam
Santan
Dua helai daun pandan


Cara Membuatnya : 

Tepung pulut dan tepung beras dibancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

Tekan bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar.

Wadai Kepeng
Bentukkan seperti ini

Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi. Masak di atas api. Masukkan juga daun pandan untuk mewangikan dan sedikit garam.

Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi. Kacau supaya kuih tidak bergumpal sesama sendiri. 

Setelah kesemua kuih timbul di permukaan santan barulah kuih tersebut telah masak. Tutup api dan bolehlah dihidang. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan