Rabu, 9 Mei 2012

Puding Roti

Puding Roti

Puding Roti Enak

Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
1 biji telur
1 tin susu cair
Susu pekat manis (jika suka)
3 keping roti
Gula secukup rasa
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanilla

Cara Membuatnya :

Masak agar-agar dengan 4 ½ cawan air hingga kembang dan hancur. Masukkan gula. Kacau sebati. 

Dengan menggunakan blender, kisar roti dengan telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati. 

Tuang bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dengan api perlahan. Masukkan sunquick dan esen vanilla. Biarkan masak seketika. 

Kemudian angkat dan tuang adunan yang di masak ke dalam loyang atau acuan. 

Daripada adunan tadi, asingkan 2 cawan berasingan adunan. Satu adunan dicampurkan dengan pewarna merah dan satu lagi dengan pewarna hijau. 

Tuang adunan berwarna tadi secara berselang-seli ke atas adunan di dalam loyang. Sejukkan.

 

Khamis, 3 Mei 2012

Apam Betawi Pandan

Apam Betawi Pandan
Apam Betawi Pandan yang ditabur coklat urai di atasnya

Bahan-bahan :

1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
Pewarna hijau

Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga betul-betul kembang dan gebu. Kemudian, masukkan perisa pandan. Kacau lagi.

Seterusnya, masukkan tepung gandum dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana kuih mudah melekat.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang.
 

Khamis, 26 April 2012

Bubur Jagung

Bubur Jagung

Bahan-bahan : 

4 tongkol jagung manis (dihiris)
Gula merah
Gula putih
Santan
Daun pandan (diikat)
Sagu
Sedikit garam (untuk rasa lemak)

Cara Membuatnya :

Isi jagung direbus sehingga masak. Dalam periuk yang lain, masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air. Kacau hingga semua gula larut. Tutup api.

Tapis air gula yang dimasak dan dimasukkan ke dalam jagung yang dimasak tadi. Biarkan seketika.

Kemudian, masukkan santan, daun pandan dan garam. Tunggu hingga mendidih.

Akhir sekali, masukkan sagu dan tunggu hingga sagu masak. Tutup api. Sedia untuk dihidang.