Sabtu, 11 Ogos 2012

Biskut Cornflakes Bercoklat

Biskut Cornflakes Bercoklat

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
1 sudu teh coklat emulco
1 cawan cornflakes yang dimesin
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
½ cawan tepung jagung
Coklat masakan
Coklat urai

Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan coklat emulco dan cornflakes. Kacau hingga semuanya sebati.

Seterusnya, masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk. Jika adunan masih lembut, sila tambahkan tepung gandum.

Bentukkan bulat kecil dan dileperkan. Masukkan ke dalam paper cup. Bakar hingga masak.

Setelah sejuk, bolehlah dituang coklat masakan serta taburkan coklat urai di atasnya.

Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Biskut Nestum

Biskut Nestum

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
2 camca susu pekat
1 cawan nestum
1 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh esen vanila
Tepung jagung secukupnya
Coklat urai

Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanilla, susu pekat dan nestum. Kacau lagi hingga semuanya sebati.

Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung secukupnya sehingga menjadi doh.

Tekan menggunakan acuan pilihan sendiri. Taburkan coklat urai di atasnya sebagai hiasan.

Bakar sehingga masak.

Khamis, 9 Ogos 2012

Tart Pandan Nanas

Tart Pandan Nanas

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastard
100 gram gula aising
1 sudu teh esen pandan
½ sudu teh pewarna hijau
Jem nanas secukupnya
Kuning telur

Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau.

2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Uli sehingga sebati.

3. Bentuk kuih tart mengikut acuan tart kegemaran. Isikan jem nanas dan sapu kuning telur di atasnya.

4. Bakar pada suhu 170-180oC selama 20-25 minit.