Sabtu, 8 Disember 2012

Sayur Tom Yam

Sayur Tom Yam

Bahan-bahan :

1 bungkus perencah tom yam
Ayam (dipotong kecil)
3 ulas bawang besar (dimesin)
1 ulas bawang besar (dipotong)
8 batang cili padi (dimesin)
Bunga kobis (dipotong)
2 batang lobak merah (dipotong)
2 biji buah tomato (dipotong)
6 helai daun limau purut
2 batang serai (diketuk sedikit)
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :

1. Mesin tiga ulas bawang besar bersama cili padi hingga hancur.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik bau. Kemudian, masukkan perencah tom yam.

3. Seterusnya, masukkan ayam, serai, garam dan juga daun limau purut. Masak hingga ayam lembut.

4. Masukkan air secukupnya dan juga lobak merah, bunga kobis dan bawang besar yang telah dipotong.

5. Masukkan sedikit air asam jawa dan buah tomato.

6. Masak hingga sayur lobak merah dan bunga kobis menjadi lembut serta mendidih.

7. Sedia untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi, mee atau bihun mengikut selera masing-masing.

Rabu, 5 Disember 2012

Agar-agar Laici Susu

Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
1 tin laici
1 cawan susu cair
Gula secukup rasa
6 cawan air


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama 6 cawan air hingga agar-agar hancur. Agar-agar hendaklah sentiasa dikacau agar kembang dan hancur dengan baik. Kemudian, masukkan pula gula secukup rasa. 

Blender setengah buah laici yang berada dalam tin bersama airnya. Mesin hingga hancur. 

Setengah lagi buah laici yang tinggal, hendaklah dipotong kecil dan asingkannya dengan memasukkan ke dalam acuan.

Seterusnya, masukkan  air laici yang dimesin tadi dan 1 cawan susu cair. Setelah mendidih, cepat-cepat tutup api dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi laici yang dipotong tadi.

Masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila telah sejuk dan keras bolehlah dimakan. Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera....

Ahad, 18 November 2012

Sup Telur

Sup Telur

Bahan-bahan :

5 biji telur
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia
2 tangkai cili kering (dipotong)
Daun sup
Air
Garam
Minyak


Cara Membuatnya :

Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang, cili dan halia yang dihiris tadi.

Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan air secukupnya. Tambahkan garam secukup rasa.

Apabila telah mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan sehingga telur masak.

Tutup api dan taburkan daun sup. Sedia untuk dihidang.