Khamis, 11 Julai 2013

Petua Hilangkan Bau Botol


Botol lama

Botol yang disimpan agak lama, selalunya akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Tapi usah bimbang, anda hanya perlu rendamkannya di dalam air panas yang telah dicampurkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Rendam selama beberapa jam. Kemudian bolehlah dicuci seperti biasa.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Petua Cara Mudah Kupas Bawang Putih

Bawang Putih

Apabila hendak mengadakan kenduri kahwin tentunya banyak bawang putih diperlukan untuk memasak hidangan. Bagi memudahkan kerja-kerja mengupas bawang putih ini, rendamkan terlebih  dulu di dalam air hingga tenggelam. Biarkan selama 10 minit atau lebih. Kemudian barulah dikupas seperti biasa.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Petua Hilangkan Rasa Pijar


Sekiranya tiba-tiba tangan anda terasa pijar selepas menghiris cili, anda boleh hilangkannya dengan cara berikut. Mula-mula cuci tangan seperti biasa. Letakkan sedikit garam pada tangan dan biarkan sehingga rasa pijar hilang. Bilas dengan air.

Sumber : Mingguan Wanita