Isnin, 22 Julai 2013

Petua Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama

Sayur-sayuran 

Sayur-sayuran biasanya tidak tahan lama. Tapi jika anda ingin mengelakkan sayuran dari menjadi busuk dan berlendir, bolehlah mencuba petua berikut. Setiap kali selepas membeli sayur-sayuran, cucikannya dengan air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan surat khabar. Simpankannya di dalam peti sejuk seperti biasa. Insya-Allah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Petua Elakkan Kutu Beras

Beras 

Mungkin anda biasa mengalami masalah kutu beras yang sungguh merungsingkan. Maklumlah, kerana adanya kutu beras ini, kerja-kerja mencuci beras akan menjadi lebih sukar. Malah ia akan mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya. Pun begitu, jangan bimbang petua berikut mungkin boleh membantu. Untuk mengelakkan kehadiran kutu beras di dalam beras yang anda simpan, ambilkan lima atau enam tangkai cili kering dan masukkannya ke dalam bekas menyimpan beras. Gaulkan cili kering tadi dengan beras dan biarkannya di dalam bekas tersebut selagi anda menyimpan beras di dalamnya. Insya-Allah akan berpuas hati dengan hasilnya.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Selasa, 16 Julai 2013

Petua Memilih Pisau

Pisau

Walaupun pisau hanyalah peralatan yang biasa-biasa saja, namun kita tetap perlu berhati-hati ketika memilihnya. Pelbagai ciri perlu diambil kira bagi memastikan ia selesa dipakai dan tidak mudah tumpul. Berikut boleh dijadikan panduan :

1. Pilihlah pisau yang diperbuat dari bahan karbon dan tertera perkataan ‘stainless steel’. Kandungan karbon ini akan memastikan pisau tersebut tidak mudah berkarat selain mudah dibersihkan.

2. Elakkan dari membeli pisau yang mengandungi baja kerana ini akan membuatkannya mudah berkarat.

3. Apa pun pisau yang anda beli, pastikan ia sesuai digunakan untuk semua jenis makanan. Pastikan ia diperbuat dari bahan yang kuat dan boleh memotong dengan baik.

4. Untuk memastikan pisau tersebut sentiasa tajam, ia harus diasah. Caranya ialah dengan menggunakan batu khas. Anda boleh asah sendiri secara tradisional ataupun hantarkan saja pada tukang asah pisau.

Sumber : Mingguan Wanita