Rabu, 19 Februari 2014

Petua Periuk Bersih Berkilat

periuk

Ada kala suri rumah berdepan masalah menghilangkan kesan hangus pada periuk. Usah bimbang kerana ada cara mudah menyelesaikannya. Masukkan sedikit serbuk penaik bersama air ke dalam periuk yang hangus. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan periuk seperti biasa dan periuk akan kembali bersih berkilat.

Sumber : Mingguan Wanita

Petua Tembikai Lebih Manis

tembikai

Sukar untuk memastikan tembikai yang dibeli rasanya manis atau tawar. Walaupun warna tembikai itu cantik tapi tidak semestinya rasanya secantik rupa. Untuk mendapatkan tembikai yang lebih manis, rendam tembikai dalam air garam selama empat jam. Tembikai akan terasa manis.

Sumber : Mingguan Wanita

Petua Melembutkan Daging

daging segar

Merebus daging memerlukan masa lama kerana daging tidak mudah empuk. Tapi dengan memasukkan sebiji betik muda ke dalam rebusan daging bukan sahaja melembutkan daging malah membuatkan masakan bertambah sedap. Cara lain ialah dengan memasukkan sudu atau garfu tembikar dan biarkan daging masak hingga empuk. Selain itu boleh juga dicampurkan dengan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Ini memudahkan daging menjadi lembut.

Sumber : Mingguan Wanita