Isnin, 16 Jun 2014

Popia Goreng Bercili

Popia Goreng Bercili

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza

Bahan A (Untuk Kulit) :

Kulit popia secukupnya
Minyak masak
1 sudu makan tepung gandum dan
1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)


Bahan B (Untuk Inti) :

200 gram udang (dihiris kecil)
1 batang lobak merah kecil (disagat ataupun dipotong halus)
½ cawan daun kucai (dipotong pendek)
1 labu bawang besar (diracik)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan C (Untuk Sos) :

2 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih (ditumbuk hancur)
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bijan


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.

2. Masukkan udang dan lobak merah. Kemudian, masukkan sengkuang, daun kucai dan garam. Kacau rata.

3. Apabila sayur lembut, tutup api dan tapiskan supaya kuahnya terasing.

4. Letakkan inti popia di tengah kulit popia dan gulungkan hingga hujung seperti gulungan kuih gulung.

5. Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.

6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana panas.

7. Apabila kekuningan, boleh angkat dan tuskan minyak.

8. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan hingga pekat dan naik minyak.

9. Masukkan popia goreng dan taburkan bijan. Kacau rata dan angkat. Sedia dihidangkan.

Kek Oren Sunquick

Kek Oren Sunquick

Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin @ 250gram
1 cawan gula kastor
6 biji telur
3 camca besar pati oren sunquick
Suku cawan susu sejat (evaporated creamer) @ 50ml
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik (baking powder) @ 7gram


Cara Membuatnya:

1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang dan ringan.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.

3. Masukkan pati oren dan susu sambil dikacau rata.

4. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik sebanyak 2 hingga 3 kali.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga selesai.

6. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 7 inci yang telah disapukan dengan marjerin.

7. Bakar dalam suhu 160 darjah Celcius selama 30-45 minit atau sehingga masak.

Isnin, 26 Mei 2014

Aiskrim Mangga

aiskrim mangga


Bahan-bahan :

2 biji buah mangga masak
Gula secukup rasa
Air masak


Cara Membuatnya :

1. Masukkan isi mangga, gula dan juga sedikit air ke dalam blender.

2. Kisar hingga isi mangga hancur dan tuangkan ke dalam bekas.

3. Campurkan air masak jika air mangga terlalu pekat dan kacaukan.

4. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan kemas.

5. Bekukan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.