Ahad, 13 Mac 2016

Kek Marble Coklat Radziah Radzi

Kek Marble Coklat

Kek Marble Coklat
Sumber Resipi :
Radziah Radzi

Bahan-bahan :

1 cawan mentega @ planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri (self raising)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Putar mentega bersama gula sampai kembang dan gebu.

2. Masukkan  esen vanila dan ovellate kacau sebati.

3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai betul-betul kembang.

4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga habis.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

6. Bahagian coklat masukkan coklat emulco dan serbuk koko. 

7. Sapukan loyang dengan marjerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang seli.

8. Akhir sekali, buat corak di atasnya mengikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit.

10. Cucuk dengan lidi dan kalau tidak melekat bermakna kek sudah masak.


Nota :

1. Kalau guna tepung gandum perlu tambah 1 sudu teh baking powder dan diayak.

2. Jika tiada coklat emulco, boleh masukkan serbuk koko lebih sedikit.

Ahad, 28 Februari 2016

Bubur Kacang Merah

Bubur Kacang Merah

Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan :

Kacang merah
Susu cair atau santan pekat
Gula secukup rasa
Dua helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam kacang merah semalaman.

2. Rebus kacang merah hingga empuk.

3. Masukkan gula secukup rasa.

4. Kemudian masukkan susu cair dan juga daun pandan.

5. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.

6. Letakkan sedikit garam agar ada rasa lemak.

7. Masak sehingga mendidih dan tutup api.

8. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 22 Februari 2016

Mee Sanggul Goreng BumiBes

Mee Sanggul Goreng BumiBes

Bahan-bahan :

1 bungkus mee sanggul BumiBes (250 gram)
3 sudu cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar (dihiris)
Sedikit sos cili dan kicap
Isi ayam
Sayur
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang besar sehingga kekuningan dan wangi.

3. Masukkan cili kisar dan masak sebentar.

4. Masukkan ayam, gula, garam, sos cili dan kicap.

5. Biarkan hingga ayam lembut.

6. Seterusnya, masukkan air secukupnya bersama sayur.

7. Apabila telah mendidih masukkan mee sanggul.

8. Masak hingga mee lembut dan airnya kering.

9. Angkat dan sedia untuk dihidang.