Ahad, 2 April 2017

Aiskrim Lobak Merah Susu

Aiskrim Lobak Merah Susu

Aiskrim Lobak Merah Susu

Aiskrim Lobak Merah Susu

Bahan-bahan :

3 batang lobak merah
Air masak
Susu pekat manis secukupnya
Plastik aiskrim


Cara Membuatnya :

1. Bersih dan potong lobak merah menjadi kecil agar mudah untuk dikisar.

2. Masukkan dalam blender dan campurkan air masak.

3. Kisar hingga lumat dan tapis untuk ambil airnya sahaja.

4. Seterusnya, masukkan susu pekat hingga cukup rasa manisnnya.

5. Kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim.

6. Ikat dengan kemas dan ketat.

7. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Isnin, 20 Februari 2017

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Cornflakes Madu Pedas

Bahan-bahan :

275 gram corn flakes
2 sudu besar cili yang dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu teh garam halus
8 sudu besar madu
100 gram mentega @ marjerin


Cara Membuatnya :

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

2. Cairkan butter dalam kuali.

3. Masukkan bawang yang ditumbuk.

4. Goreng hingga wangi dan garing.

5. Campurkan pula cili kisar serta garam.

6. Masak hingga pecah minyak.

7. Kemudian masukkan madu dan kacau.

8. Tuangkan cornflakes dan kacau hingga sebati.

9. Tutup api, masukkan cornflakes dalam loyang.

10. Bakar selama 5 -10 minit dan sedia untuk dinikmati.


Nota :

1. Jika rasanya kurang manis boleh tambahkan madu secukupnya.

2. Jika terlalu kering dan tidak bersinar boleh tambahkan mentega.

Resipi Air Mulberry

Air Mulberry

Air Mulberry

Air Mulberry

buah mulberry

Bahan-bahan :

Buah mulberry
Air
Gula
Ketul ais


Cara Membuatnya :

1. Rebus buah mulberry yang telah dibasuh.

2. Rebus hingga mendidih dan keluar warna yang pekat.

3. Setelah itu, tapiskan dan ambil airnya sahaja.

4. Kemudian, boleh masukkan gula dan tambahkan air.

5. Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya.