Ahad, 7 Februari 2021

Kentang Wedges Simple






Bahan-bahan :

Ubi kentang

Serbuk lada hitam

Serbuk kunyit

Garam

Tepung jagung

 

Cara Membuatnya :

1. Kupas dan potong ubi kentang mengikut saiz yang disukai.

2. Rebus ubi kentang separuh masak.

3. Kemudian toskan airnya dan masukkan ubi dalam bekas.

4. Taburkan garam dan lada hitam secukup rasa.

5. Taburkan juga sedikit serbuk kunyit.

6. Akhir sekali taburkan tepung jagung.

7. Gaul perlahan sehingga semuanya sebati.

8. Jika terlalu kering boleh letakkan sedikit air agar tepung melekat pada ubi.

9. Gaulkan perlahan agar ubi tidak hancur.

10. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

 

Kuih Sagu Kukus Mudah






Bahan-bahan :

2 cawan sagu

¾ cawan gula

Pewarna ros

Kelapa parut putih

Garam secukup rasa

 

Cara Membuatnya :

1. Basuh sagu sehingga bersih dan toskan airnya.

2. Masukkan sagu dalam bekas, campurkan air dan pewarna ros.

3. Rendam sagu bersama campuran air dan pewarna ros selama 2 jam.

4. Kemudian toskan airnya, masukkan sagu dalam loyang.

5. Tambahkan gula secukup rasa dan kacau hingga sebati.

6. Boleh juga masukkan dalam bekas kecil seperti bekas kuih lompang.

7. Kukus sagu sehingga masak tanpa perlu masukkan air lagi.

8. Kukus sekejap kelapa parut yang diletak sedikit garam.

9. Gaulkan kuih sagu dengan kelapa parut tadi.

10. Sedia untuk dinikmati.

 

Jumaat, 25 Disember 2020

Kek Nestum Azlina Ina





Bahan-bahan :

200 gram marjerin @ 1 cawan

150 gram gula perang @ 1 cawan lebih sedikit

Sedikit esen vanila

50 gram nestum original @ 2 peket saiz kecil

3 sudu besar susu pekat

160 gram tepung naik sendiri @ 1 ½ cawan

5 biji telur

 

Cara Membuatnya :

1. Putar marjerin dengan gula perang sampai kembang dan sebati.

2. Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanila.

3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.

4. Perlahankan pengadun, masukkan tepung naik sendiri.

5. Akhir sekali, baru masukkan nestum.

6. Lapik loyang dengan baking paper atau boleh juga sapu dengan minyak.

7. Tuang adunan ke dalam loyang dan panaskan ketuhar.

8. Bakar pada suhu 170 selama 45 hingga 55 minit api atas bawah.

9. Keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk dinikmati.

 

Nota :

Gunakan cawan minum kopi jika anda menggunakan sukatan cawan.