Ahad, 14 April 2024

Tart Nenas @ Tiktok KakEcah

Tart Nenas @ Tiktok KakEcah

 Tart Nenas @ Tiktok KakEcah
 


Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

70 gram gula halus

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur

30 gram susu tepung

20 gram tepung kastard

40 gram tepung jagung

350 gram tepung gandum

Jem nenas

 

Sapuan Atas Kuih Tart :

Putih telur

Sedikit esen vanila

Pewarna kuning

 

Cara Membuat Tart Nenas :

1. Kacau butter dan gula halus hingga sebati menggunakan senduk.

2. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Kacau lagi.

3. Masukkan susu tepung, tepung kastard dan tepung jagung.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

5. Tekan menggunakan acuan kuih tart, letakkan jem dan gulung.

6. Sapu kuning telur di atasnya.

7. Bakar sehingga masak, bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

 

Cara Membuat Sapuan Atas Kuih Tart :

1. Campurkan putih telur, esen vanila dan pewarna kuning.

2. Kemudian kacau sampai sebati.

3. Tujuan meletakkan esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir telur.

 

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Bahan-bahan :

250 gram butter

100 gram gula aising

1 sudu kecil esen vanila

50 gram tepung jagung

250 gram tepung gandum

Cornflakes Gold Honey Flakes

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau butter dan gula aising hingga sebati menggunakan senduk.

2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sampai sebati.

4. Rehatkan adunan dalam 20 minit. 

5. Adunan memang agak lembik, tak perlu tambah tepung.

6. Tuangkan cornflakes dalam bekas. Ramas kasar tak nak terlalu halus.

7. Sudukan adunan mengikut saiz yang disukai. 

8. Salut dengan cornflakes yang dihancurkan tadi.

9. Bakar suhu 160oC selama 25 minit atau ikut oven masing-masing.

10. Biskut yang betul-betul masak dan kering akan jadi ranggup.

 

Nota :

Jangan menggunakan marjerin kerana biskut menjadi kurang enak.

 

Ahad, 24 Mac 2024

Homemade Ikan Pekasam



Bahan-bahan :

Ikan puyu dan ikan sepat

Garam kasar

Beras

Asam keping

1 sudu besar gula

 

Cara Membuatnya :

1. Cuci ikan sehingga betul-betul bersih. Perapkan ikan dengan garam. Biarkan semalaman pada suhu bilik atau bahagian bawah peti sejuk.

2. Kuantiti garam jangan terlalu masin sebab kurang sedap. Kalau terkurang garam, ikan akan menjadi busuk sebelum menjadi pekasam.

3. Goreng beras sehingga menjadi warna keperangan. Tetapi jangan sampai hangit. Kemudian, kisar atau tumbuk beras tersebut.

 

4. Masukkan dalam bekas beras yang telah ditumbuk, campurkan dengan gula dan kacau sebati.

 

5. Selepas semalaman, bedakkan ikan dengan beras yang dikisar seekor demi seekor. Golekkan saja ikan di dalam beras kisar tersebut.

6. Ambil balang, taburkan garam kasar sedikit. Kemudian susun ikan satu lapisan, taburkan beras dan garam kasar secukupnya. Letakkan beberapa keping asam keping.

 

 

7. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam serta letakkan asam keping. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.

 

 

8. Tutup rapat bekas. Lima hari kemudian boleh digoreng, sedap dimakan dengan nasi panas.